pernah tak anda tertanya-tanya apa tujuan diri anda dilahirkan?pernah atau tidak anda merasakan hidup sudah tidak ada gunanya lagi?pernah atau tidak anda menangis mengenangkan perkara yang anda sayang?pernahkah anda tertanya-tanya kenapa hidup anda tidak pernah bertuah seperti orang lain?
sudah semestinya bukan?status di facebook pun begitu banyak keluhan demi keluhan dari rakan taulan. lagu-lagu pun banyak berunsur keluhan, patah hati dan unsur ketidakbersyukuran yang tebal. apa kau ingat dengan mengeluh hidup kau akan bertambah baik?
berhenti mengeluh dan jalanilah hidup anda dengan gembira dan senyuman menawan yang menenangkan orang-orang di sekeliling mu. jika kamu di benci jangan lah kamu membalas kebencian itu. lupakan kejahatan insan lain dan balaslah dengan kebaikan. atau jika kau tidak mampu untuk membalas kejahatan dengan kebaikan, berlalulah kau dari orang itu dan lupakan sahaja dia tapi jangan sesekali kamu membalas kebencian itu.kerana kebencian itu tidak akan menenangkan hati mu.
adakah kamu layak untuk mengeluh?
sudah semestinya tidak!orang yang banyak mengeluh ialah orang yang tidak mengakui kesalahan dirinya. tidak mahu berikhtiar untuk memajukan diri. fikir sejenak berapa banyak kesukaran dan kesulitan yang tuhan turunkan jika hendak dibandingkan dengan kenikmatan dan kesenangan yang dikurniakan kepada kita sejak dilahirkan hingga kini? agak-agak berapa peratus kesusahan daripada kesenangan?nikmat terlalu besar bukan?namun kita...mengeluh!mencarut!menyalahkan takdir! pabila di timpa musibah dan kesusahan. yg datang sekali sekala sahaja dalam hidup kita. bayangkan jika kita ditimpa musibah yang sangat besar seperti kecacatan kekal, kanser, kerosakan buah pinggang..adakah kita mampu menghadapinya?sesungguhnya setiap perkara ada hikmahnya..sesungguhnya di dalam kesusahan ada kesenganan..meskipun sulit untuk di fahami namun percayalah..janji ALLAH maha benar..
rilex n enjoy! :)